PERATURAN DAN SYARAT PENGINAPAN di InnDah Homestay.
Para tetamu/penginap yang dihormati sekalian, anda tertakluk kepada Syarat-Syarat dan Peraturan seperti yang berikut :-
1. Anda perlu patuhi masa check in/check out seperti berikut: Waktu Check-in : Selepas jam 2:30 petang Waktu Check-out : Sebelum 12:30 tengahari.Sila SMS/WhatsApp kepada pihak kami setengah jam sebelum check in/check out (016-3952955). Sekiranya tiada pelanggan baru yang ingin check-in pada hari itu, masa check-out boleh dilanjutkan sehingga jam 7.00 malam dengan caj tambahan sebanyak RM100 atau dengan persetujuan budi bicara. (Dengan syarat tiada tetamu lain pada hari berkenaan).2. Bilangan tetamu/penghuni yang dibenarkan untuk menginap pada satu-satu masa ialah maksimum 10 ORANG DEWASA sahaja kerana kami hanya menyediakan 5 buah bilik tidur sahaja. Jika ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut, pihak kami hanya membenarkan MAKSIMUM 15 ORANG SAHAJA (termasuk kanak-kanak). Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini.3. Pihak kami TIDAK menerima rombongan tetamu yang terlalu ramai contohnya rombongan sebuah bas atau rombongan 5 biji kereta kerana kami tidak mahu timbul sebarang masalah seperti masalah keselesaan dan masalah tempat letak kereta/parking.4. Anda DILARANG sama sekali mengadakan sebarang majlis keramaian/kenduri. Namun begitu majlis bersama keluarga (family day) adalah DIBENARKAN. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina. Pasangan yang BUKAN MAHRAM tidak dibenarkan sama sekali dan kami hanya menerima PENYEWA MUSLIM sahaja.5. Harap maaf, binatang peliharaan tidak dibenarkan menginap bersama.6. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol TIDAK DIBENARKAN sama sekali.7. Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain TIDAK DIBENARKAN sama sekali.8. Merokok di dalam rumah adalah DILARANG sama sekali. Sekiranya ingin merokok sila merokok di pondok yang disediakan di luar rumah.9. Anda perlu menjaga kebersihan dalam dan luar rumah pada setiap masa. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan.10. Sila cuci/basuh semua pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang telah digunakan dan susun semula di tempat asalnya.11. Anda perlu menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati yang boleh mengganggu jiran-jiran lain.12. Anda perlu meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu petak parkir penghuni lain.13. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup suis aircond, suis lampu, suis kipas dan paip air sekiranya keluar atau tidak digunakan. Kunci pintu dan tutup tingkap sebelum meninggalkan homestay.14. Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada di dalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar. Diharap juga tidak mengubah kedudukan sebarang perabot di dalam homestay.15. Sampah dibuang ke dalam tong/bakul sampah yang disediakan. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan lampin bayi) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat.16. Jangan tinggalkan sebarang barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu dan gril homestay dikunci apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di homestay.17. Sebelum check out, pastikan barang-barang milik peribadi anda tidak tertinggal. Barang yang tertinggal akan dilupuskan.18. Pengurus/tuan rumah berhak memasuki homestay pada bila-bila masa sekiranya perlu. Pihak kami juga berhak untuk membatalkan tempahan anda sekiranya syarat-syarat diatas tidak dipatuhi.“Sila hubungi kami sekiranya terdapat sebarang kerosakan peralatan rumah atau pun sebarang masalah sepanjang menginap di sini”.“SEMOGA ANDA BERPUASHATI DAN GEMBIRA KETIKA BERADA DI INNDAH HOMESTAY”“KESELAMATAN DAN KESELESAAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI”